Tuesday, January 4, 2022

DEWAN KULIAH UTAMA

 

Politeknik Muadzam Shah dilengkapi dengan sebuah dewan kuliah utama yang boleh memuatkan sehingga 400 orang dalam satu-satu masa. Ia digunakan untuk program atau aktiviti anjuran PMS dan  program pelajar. Adakalanya pensyarah juga menggunakan dewan ini untuk memberi kuliah. Dewan ini juga turut dijadikan sebagai tempat mengadakan perhimpunan bulanan, penyampaian taklimat berkaitan dengan PMS kepada institusi luar yang membuat lawatan secara rasmi. Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan peralatan PA System.



PEMBANGUNAN SUKAN

 

Unit Sukan PMS bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar dan staf PMS. Pelajar juga digalak untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang berada di kampus. Pelbagai kemudahan sukan telah disediakan kepada pelajar. Fasiliti sukan juga mencukupi untuk pelajar melakukan aktiviti riadah diwaktu petang.

PMS juga berhasrat untuk melahirkan atlit-atlit yang berbakat dalam bidang sukan dengan merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan serta latihan sukan. Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan, ko-kurikulum dan kebudayaan diharapkan dapat meningkatkan lagi kemahiran softskill dikalangan pelajar.


MELAHIRKAN PELAJAR YANG HOLISTIK