Thursday, September 23, 2021

KAMSIS PELAJAR

 

Kamsis (Asrama) Politeknik Muadzam Shah menyediakan penempatan bagi pelajar-pelajar PMS dengan memberi tumpuan menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan selesa kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian di PMS. Kamsis di PMS mempunyai 10 buah blok bangunan yang mana 6 blok menempatkan pelajar perempuan dan 4 blok bagi pelajar lelaki yang mana setiap blok mampu untuk menempat seramai 360 orang dalam satu-satu masa.

Kemudahan kamsis ini bermatlamat untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada semua pelajar yang berdaftar di PMS. Selain daripada itu, bagi blok yang didiami oleh pelajar perempuan pula, pengawal keselamatan ditempatkan bagi mengawal keselamatan pelajar perempuan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 

  • Terdapat 2 jenis bilik iaitu 2 orang sebilik dan 4 orang sebilik.
  • setiap bilik dilengkapi dengan katil, tilam, bantal, almari baju, meja belajar dan kerusi. 
  • Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas. 
  • Terdapat ruangan untuk mengulangkaji pelajaran dan kemudahan wifi disetiap blok asrama. 
  • Setiap blok asrama juga menyediakan mesin pencuci pakaian layan diri, water cooler dan bilik gosok.
  • Kafeteria terletak diantara blok-blok asrama yang memberi perkhidmatan dalam penyediaan makanan yang beroperasi dari 7.30 pagi hingga 10.30 malam. 
  • Mini Koperasi PMS disediakan bagi kemudahan pelajar untuk membeli keperluan asas. 
  • Wakaf didirikan disekitar tasik yang bertujuan untuk pelajar berbincang, mengulangkaji pelajaran dan beriadah. 
  • Pusat Islam terletak berhampiran dengan kamsis pelajar menjadi nadi penggerak pelajar-pelajar muslim dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan.

Kemudahan yang disediakan ini perlulah dijaga sebaik mungkin oleh pelajar agar ianya dapat digunakan kembali untuk generasi pelajar yang akan datang.



PUSAT ISLAM PMS

Peranan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sahaja melahirkan penuntut yang cemerlang tetapi juga mewujudkan modal insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Di dalam kampus PMS, pelbagai kegiatan berfaedah telah pun dilakukan samada aktiviti rekreasi, bersukan dan berdakwah.

Bagaimanapun penekanan pada unsur-unsur kerohanian juga diberi keutamaan supaya para penuntut tidak mengabaikan tuntutan agama selain memberi tumpuan terhadap pengajian masing-masing. Pihak Politeknik Muadzam Shah (PMS) juga mempunyai cara yang tersendiri dalam bentuk sahsiah diri para penuntutnya supaya ianya dapat mengimbangi tuntutan agama dan duniawi.

PMS merupakan wadah utama dalam melahirkan modal insan berintelektual dan berkemahiran dalam bidang teknologi. Pembinaan bangunan Pusat Islam dan masjid di dalam kampus ini menjadi wadah dalam menjalankan pelbagai bentuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Bangunan Pusat islam PMS ini banyak memberi keselesaan kepada seluruh warga kampus untuk menunaikan solat waktu dan slat Jumaat disamping mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan seperti kelas tajwid, tarranum Al-Quran, kuliah mingguan, program celik Al-Quran dan sebagainya. Semoga program-program seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan seluruh warga PMS.



MELAHIRKAN PELAJAR YANG HOLISTIK